Berubah itu Mudah, Istiqamah itu yang Payah



  Melihat saja tajuk post diatas agak-II korang aku nak tulis pasal apa? Okay cepat guess je. Haha , Tak dapat nak guess ? Okay, aku nak cakap sikit boleh ? Sekadar peringatan juga pedoman buat diri kita , Hamba Allah yang mudah terlupa. 
   Dawarsa ini, kita lihat ramai orang yang berubah ke arah kebaikan kan ? Daripada yang seksi , sekarang berlitup. Okay aku bagi contoh, Misz Nina , kalau kita tengok dia dulu, Masha Allah. Kain tu memang tak cukup. Tapi alhamdulillah,sekarang dia join macam-II majlis ilmu, beliau ingin berubah ke yang lebih baik. Sehinggakan beliau sendiri berkata "saya tak rindu zaman dulu" Subhanallah. Lihat  kan hidayah Allah :)
   Pembaca sekalian , Allah tu Maha Penyayang. Dia menerima taubat hamba-hambanya. Kenapa kita tak sedar lagi? Buka mata , buka hati , buka akal anda .
   Pembaca yang dikasihi Allah. Tujuan aku menulis ni bukan untuk mengutuk, mencaci atau mengeji sesiapa tetapi sekadar mengajak kepada kebaikan. Ya, aku tidaklah sesempurna wanita solehah yang lain. Aku pun seperti manusia biasa. Pernah melakukan benda yang jahil, ya manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Admit it :)
   Tetapi berubah itu perlu. Ya, Hijrah. Dunia hampir kiamat tetapi apa yang sedang kita lakukan kini ? Apa yang kalian lakukan semasa membaca entry ini ? Fikirkan. Aku sertakan satu hadis berkenaan Hijrah :)

"Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya."

   Apa yang kita lakukan perlu disertai dengan niat kan ? Jadi jika kita niatkan kepada kebaikan inshaAllah beroleh kebaikan dan apabila sebaliknya maka Wallahualam.

     Apabila kita dah berubah, kita perlu istiqamah. "Macam mana nak istiqamah ?" "Susah tak istiqamah?" "Boleh ke aku istiqamah ? " Macammacam persoalan yang terlintas di benak hati kan ? Senjata istiqamah melalui Doa. 

    Kerapkan berdoa supaya apa yang kita lakukan(hijrah) itu tidak terbengkalai. Yakin pada diri kita boleh istiqamah. 
   Cukup dulu la isi aku kali ni, harap apa yang aku cakap kita boleh renungkan. Aku pun bukan hebat dalam berbicara. Maaf atas kekurangan aku. Jom Kita Berubah

p/s: Aku cuba entry sebegini lain kali :)




Comments

Izzati Aisyah said…
satu lg cre nk istiqamah adlh kite kne cari kwn2 yg slalu igtkn kite so inshaAllah kite akn istiqamah. kwn2 la penguat smangat nk troskn kebaikan
pallyfieza said…
Betul tu zatisya. Moga kita dapat kawan yang lebih membimbing dekat U nanti :)

Popular posts from this blog

He is King.

I miss him :')

"Life is fair but people not"