Manusia saling memerlukan


Say Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Nabi kita Allahuma Solli Ala Muhammad Wa Ala Alihi Wasohbihi Wasalam :)
   Berkenaan tajuk post aku ni aku kupas daripada buku yang aku baca. Magnet Diri dikarang oleh Amin Idris. Siapa yang ada baca buku ni, tahniah and siapa tak baca, tak apa, aku kongsi ilmu ni dengan korang.

   Kita sebagai manusia yang hidup dalam serba kemewahan. Setiap yang kita perlu jika kita ada duit maka kita boleh dapat. Betul kan ? Sebenarnya itu semua sementara , manusia tak sedar bahawa manusia memerlukan antara satu sama lain. 

   Manusia tetap manusia, tidak ada yang berbeza. Walaupun ada 1001 perbezaan sesama manusia,mereka tetap manusia. Tidak kira pangkat, jawatan, harta, bangsa dan keturunan dia masih lagi manusia. Kan ? Tuhan menyebutkan, yang membezakan manusia adalah tahap KEIMANAN dan KETAKWAAN kepada Tuhan.


   Manusia saling memerlukan. Semua orang memerlukan orang lain dalam hidup sebagaimana aku juga. Bina sikap kerjasama dan tolong menolong khususnya dalam organisasi. Aku bagi contoh seperti bola getah yang apabila semakin kuat kita membalingnya, semakin kuat ia berpatah balik. Boleh kaitkan dan faham tak apa yang aku maksudkan ni ? Kiranya, kalau kita buat baik dekat orang , orang pun akan sebegitu. InshaAllah :)

   Yang penting sekali jangan sekali-kali merendahkan orang lain. Sekiranya ada perasaan begitu, berbicara dengannya secara matang dan jujur. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing yang perlu ditonjolkan dan kelemahan yang perlu disorokkan. Lihatlah ciri-ciri yang menarik dan unik. Supaya kita senang didampingi oleh orang lain. Wallahua'lam 

p/s : aku kongsi setakat yang mampu, asif, ilmu itu perlu dicari lagi dan aku masih jahil :)

Comments

Popular posts from this blog

He is King.

I miss him :')

Emotional post