Kejayaan Yang Tertangguh

Bismillahirrahmanirahim...
   Seperti yang semua maklum, harini semua budak 1996 kan amek result haaaa. mula dah simptom tak lalu makan, tak lalu nak tidur tak lalu nak bangun. (Ehh ade jugak ke ?) Ahh, kalau tak pernah ada bila dah macam ni semua rasa lah katakan. Hehe. Sampaikan ade yang dalam perut tu orang putih kata "like butterflies in your stomach" yang kita ni bukak zoo dalam perut. okay merepek :3

"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

   Perasaan seseorang tu mestilah nakkan yang terbaik dalam pelajaran dia. Nak-nak kalau dia memang bebetul target ye dak ? Mulalah kita buat solat sunat hajat lah tahajud la istikharah la. betul kan ? mengaku je lah sebab semua orang buat benda yang sama :) Tapi alih-alih kita dapat result yang buat kita macam nak putus nyawa. Rilekslah, Allah baru nak uji sikit. Mungkin selama ni dia bagi kita kejayaan sampaikan kita rasa diri kita ni terlampau hebat. Tup-tup Allah bagi korang sikit kegagalan sebab DIA nak uji kita so kita lebih kuat. Believe in HIM :)

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

   Bagi aku, aku agak terkilan dengan apa yang aku dapat but just tenang. Teringat Dayah cakap, "sebenarnya kita tak perlu rasa sedih sebab ni bukan bidang kita, kita masuk sebab terpilih, lagipun nanti bila dah kerja orang tak pandang dah result spm awak berapa, diorang taknak teori tapi kemahiran :" Nampak di situ? Act, aku dah cek result tu before aku sampai sekolah lagi. And dekat sekolah dengan tenangnya aku masuk dewan. Nampak semua macam cuaks mukanya and aku tahu result diorang semua bagus-II, I expect more from them :)

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

   Masuk dewan semua tanya result and aku just senyum just cakap " oh tak dapat lagi" *konon* tengok la semua kawan-kawan aku. Ada la yang nangis ada yang senyum taknak tutup langsung mulut. Oh gembira sangat mungkin :p Sampai aku sebenarnya tak keruan nak pegi amek result tu dekat guru kelas sebenarnya. Sedih jugak. Aku tatap dulu muka Ustazah Rozaidah sebelum aku duduk kat depan beliau. Sayu sikit. *pause* kesat air mata 

"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."

   Junior-junior dah ramai menyendeng nak tahu result senior-II mereka. Oh aku pun terkena sekali and aku just jawab "aku tak ambek lagi" diorang tunggu tepi tu sampai aku dapat. Pergh pergh dasar junior yang tegar. *mengeluh* Dah ade dekat depan ustazah tu dia just bagi semangat and bla bla. Tanya aku nak amek cos ape and dengan pantas aku jawab Tourism. Hermm, nampak sangat dah bersedia aicewah. Eh perlu la okay. "Hidup ni kena ada banyak backup plan supaya bila satu tak jadi kita ada banyak spare part". Betul kan ? Dah selesai tu pergh kena serang. *pause* Aku terasa macam artis gituuwww haa tapi result tak best just biase je rasa. 

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

   Aku tau parents aku tak berapa nak expect aku dapat macam tu tapi dah nasib. Ayah tanya result macam tu nak sambung mana. Dengan bersahaja. "Tourism dekat Uitm." okay nampak persediaannya kan ? InshaAllah. Tapi aku terkilan jugak sebab aku tak mampu membuatkan bibir ibu bapaku menguntumkan senyuman.Aku ni dahlah tak membanggakan then jawab macam tu rasa nak sepak diri sendiri. K Aku redha. *phew* *pause* mungkin selama ni Allah asyik bagi kesenangan je dekat aku sampai aku leka dengan dunia dan sekali hambek kau DIA bagi macam ni, yeah expect the unexpected *hmm its all written so apa lagi nak cakap kan ? :) Mungkin aku ada salah tang memana yang tertangguh atau ni kifarah. Siapa tahu yang tersembunyi kan ? Maka bertaubatlah :')

"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

   Sebenarnya aku tak rasa down pun tapi bila ada yang menanye mulalah aku tersedar sikit-sikit yang result aku ni sebenarnya tak bagus mana pun. Aku je yang perasan aku hebat. *pause* biar aku dengan dunia aku :) Aku mula rasa nak bergenang, termenung la apa lah. macam-macam. Sokongan padu dari cikgu-II dan kawan-II aku sangat buatkan aku terharu. Thanks guys, uollss very supportive and congrats dengan result korang. Even aku tak seperti korang, aku turut rasa bangga ada member yang hebat-II belaka :)

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

   And ada la certain people yang cuba menceriakan aku padahal aku biasa je. Dorang yang over risau. Konon la. Taktau la betul dorang concern, terima kasih. Kalau sebaliknya pun terima kasih. At least dorang buat-II concern.  Okay merepek. Ini serius aku terharu sebab ada jugak yang concern dengan aku. Terima kasih semua :)

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."

   Aku otp dengan Farah, dia cakap, kejayaan kita ni kejayaan yang tertangguh. Ceh, farah adalah orang yang paling poyo pernah aku kenal. Haha but she's nice. I do love her. Susah senang aku dengan dia bersama. Dia jatuh aku bangunkan. Kalau aku jatuh, dia tak larat nak bangunkan sebab dia kecik molek je. Haha Okay jokes hambar -_- 

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."

   Apapun korang aku nak cakap kalau korang ni dalam golongan macam aku, tenang. Kejayaan kita ni tertangguh. InshaAllah Allah bagi yang lebih baik pada yang berusaha. Mungkin usaha kita ni sikit kalau nak dibandingkan dengan mereka yang lain. Rezeki ada di mana-mana. Cuma kita kena rajin pergi korek rezeki tu. Faham kan ? Semua manusia dikurniakan akal maka manusia tu sendiri kena asah akal tu sebaik yang boleh. Sama la konsep macam kain putih tu. Kalau diberikan pada orang yang kreatif dan rajin, tentu cantik dan indah manakala sebaliknya wallahualam.

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

   So korang, SPM ni pembuka tirai buat kita untuk mengenal erti kehidupan sebenar. Mungkin Allah beri macam tu sebab dia nak kita lebih kuat masa hadapan. Cuba bayangkan seandainya kita dah berjaya masa spm, mungkin kita akan sambalewa mase dekat Uni kan ? Siapa tahu masa depan kita tetapi kita mengandaikan. Tanggapan itu perlu supaya kita lebih bersedia mengharungi liku-liku kehidupan masa senang atau susah. 

"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius

   Aku rasa cukup panjang aku membebel ke tak cukup lagi ? Sudah rasanya karang korang bosan dengan entry aku pulak so apapun result yang korang dapat, BANGGA dan BERSYUKUR moga kita lebih berjaya di masa akan datang InshaAllah :)
p/s : Ni aku nak bagi satu gambar yang membangkitkan semangat bagi aku. And aku bagi khas untuk korang :)

Comments

Popular posts from this blog

He is King.

I miss him :')

Emotional post